29 October 2009

SYARAT2 TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN

Terma dan syarat - syarat tempahan dan pembayaran:

  1. Pembayaran deposit sebanyak RM150 atau 10% dari jumlah nilai tempahan (yang mana lebih tinggi) hendaklah dibayar sebaik sahaja tempahan telah dibuat.
  2. Pembayaran sebanyak 40% dari jumlah nilai tempahan hendaklah dibayar setelah kanopi siap dipasang dan baki dibayar dalam tempoh 7 hari selepas majlis telah selesai sepenuhnya.
  3. Setiap transaksi bayaran adalah dalam bentuk TUNAI, CEK atau BANK DERAF sahaja.
  4. Bayaran dalanm bentuk cek atau bank deraf hendaklah di atas nama YBA Soft Enterprise sahaja.
  5. Kos penghantaran adalah PERCUMA untuk jarak lingkungan 35 kilometer sahaja dan dengan tempahan kanopi sekurang-kurangnya 3 unit. Kos penghantaran akan dikenakan untuk jarak yang melebihi 35 kilometer atau tempahan kanopi kurang dari 3 unit untuk sebarang lokasi.
  6. Tempahan kanopi untuk sebarang majlis hendaklah dibuat 14 hari sebelum dari tarikh majlis.
  7. Tempahan kanopi untuk lokasi jarak yang melebihi 35 kilometer hendaklah sekurang-kurangnya 3 unit kanopi.
  8. Wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan dibuat sebelum tarikh majlis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails