About Us

YBA Soft Enterprise telah ditubuhkan pada 8 November 2002 sebagai sebuah syarikat milikan tunggal yang diasaskan oleh Encik Yusoff bin Abdullah. Di awal penubuhan, syarikat menjalankan aktiviti perniagaan seperti pembinaan am dan pengubahsuaian rumah di mana syarikat berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Kewangan (MOF) dan juga CIDB.

Pada pertengahan tahun 2004, syarikat telah menukar entiti perniagaan kepada sebuah syarikat perkongsian sejajar dengan matlamat syarikat untuk berkembang sedikit demi sedikit. Syarikat juga telah menambah aktiviti perniagaan iaitu kejuruteraan besi atau kimpalan (steel engineering) seperti pagar besi (grill), awning, polikarbonat, tingkap, susur gajah, penutup longkang, ampaian baju dan sebarang produk yang melibatkan kimpalan.

Sebagai menambah pendapatan syarikat, maka syarikat telah menceburkan diri dalam industri perkhidmatan iaitu penyewaan kanopi untuk sebarang majlis keraian pada penghujung tahun 2008. Syarikat juga merupakan pengilang/pembuat kanopi dengan membekal dan menjual kanopi baru serta peralatan-peralatan yang berkaitan seperti meja bulat, meja petak, kerusi dan kelengkapan-kelengkapan yang berkaitan kepada pelanggan-pelanggan baru.
Related Posts with Thumbnails