22 September 2010

Majlis Jamuan Raya YBA 2009

Kanopi: Turquoise + White

Di sini kami sertakan contoh foto penggunaan kanopi untuk majlis jamuan raya peribadi di mana ia amat sesuai untuk melayan kunjungan tetamu sekitar 70 - 100 orang. Penggunaan kain untuk alas meja juga agak menarik dengan bertemakan warna biru. Majlis jamuan raya ini dianjurkan oleh pemilik YBA sendiri pada tahun lepas.




20 September 2010

Kawasan Penghantaran Servis Kami

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati, senarai di bawah merupakan kawasan penghantaran untuk servis kami secara PERCUMA!!

1. Seluruh kawasan Shah Alam
2. Klang, Meru & Kapar
3. Subang Jaya & Kelana Jaya
4. Taman Medan & Kg. Dato' Haron
5. Puchong & Putra Heights
6. Damansara Utama, Damansara Perdana & Taman Tun Dr. Ismail
7. Subang Bestari, Puncak Perdana, Puncak Alam

Bagi kawasan yang di luar dari penghantaran kami, caj pengangkutan akan dikenakan berdasarkan jarak ke lokasi majlis. Walaubagaimanapun, kawasan penghantaran ini akan diperluaskan pada masa akan datang berdasarkan keupayaan syarikat untuk memenuhi tempahan penyewaan pada satu-satu masa yang sama.

Nota: Sila maklum bahawa penghantaran percuma ini hanya bagi tempahan kanopi sekurang-kurangnya 3 unit dan ke atas.

14 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H!

Sempena bulan Syawal tahun ini, kami dari YBA Soft Enterprise mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua pelanggan-pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami.

Semoga di lebaran ini anda semua menyambut Syawal dengan penuh rasa ceria dan gembira.
Terima kasih di atas sokongan anda selama ini kepada kami.
Thank you very much!!
Related Posts with Thumbnails